Thursday, December 8, 2011

Menulis dari Hati..

Assalamualaikum w.b.t.

Mari buat diary belog..

Bagi Ika kalau kita cintakan insanNya jangan beritahu insanNya.. Kenape? Sebab bukan insanNya yg tentukan cinta mereka sendiri..
Bagi Ika tak salah kita merindui satu sama lain hubungan yang ada atau tinggal hanyalah Kawan.. Kerana rindu tu kan perasaan yg terindah yg diberiNya pada kita saudara sesama Islam..
Bagi Ika tak salah untuk marah kerana setiap kemarahan itu akan hilang saat kita mengingati betapa besarnya kuasa Dia yg tidak pernah memarahi umatNya walau bagaimana besarpun dosa umatNya..
Bagi Ika tak salah kita berbaik dgn musuh kita kerana Rasullah s.a.w. pun di kelilingi musuh sewaktu memperjuangkan Islam..

Ika selalu tanya kenapa Allah s.w.t. selalu uji Ika.. Lepas satu satu.. Tak habis satu.. Tambah satu lagi.. Astagfirullah al azim.. Dalam tak sedar timbul perasaan marah terhadapNya. TIDAK! JANGAN PERNAH! Tahu kenapa Dia selalu uji Ika? Sebab Ika dah jadi tumpuan pada mataNya. Alhamdulillah.. Ika bersyukur kerana Dia pilih Ika.. Dia pilih Ika untuk terus dekat padaNya.. Setiap ujian yg diberi, mmg Ika cepat melenting. Sebab Ika ni pemarah dan bukan seorang yg penyabar. Yang baik tentang Ika, selepas Ika melenting Ika mesti sabarkan diri sendiri. Dan itu lah kelebihan kami yg pemarah dan bukan penyabar ni ya. Satu Ika pinta.. Kalau mmg Ika lah yg dipilih untuk di uji, Ika ikhlas terima semuanya kerana Kau maha Segalanya.. (:

Kalau kita sabar dan sentiasa berdiam tiap kali di sangka salah, percayalah.. Allah sentiasa bersama dengan kita.. insyaallah..
Menangislah kalau airmata itu dapat hilangkan rasa sakit yg sementara kerana bahagia akan hadir dan kekal selamanya..

Sekian, wassalam..

No comments:

Post a Comment